:: MPP ASPIRASI UKM ::
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada 18 Mac 2013 (Isnin) yang lalu, MPP Shahrul Akmal, Nur Azreen dan Mohd Firdaus serta beberapa orang mahasiswa/i Kampus Bangi telah melawat dan mengunjungi Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) di Jalan Temerloh setelah mendapat cadangan-cadangan yang diutarakan oleh mahasiswa/i KTSN berkaitan beberapa masalah.
Masalah yang cuba kami utarakan ialah kemudahan dan infrastruktur sukan yang ada di KTSN. Kami telah melawat pada tapak gelanggang di KTSN dan melihat keadaan itu boleh dilabel dalam kategori kritikal. Masalah seperti ini sememangnya memberi ketidakselesaan kepada mahasiswa/i bagi menjalani aktiviti dan program yang berbentuk kesukanan di sana. Ini lagi mengundang masalah ketika 'court' tersebut basah kemungkinan selepas hujan misalannya kerana gelanggang sangat licin dan sukar dalam melakukan aktiviti sukan menggunakan gelanggang terbabit.
Selain itu, MPP Nur Azreen dan MPP Firdaus sempat beramah mesra bersama beberapa mahasiswa/i di KTSN. Kami berusaha untuk mendapatkan beberapa pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada pemikiran mahasiswa/i UKM.
Pada 19 Mac 2013 (Selasa), MPP Umum, Shahrul Akmal telah pergi ke Pusat Sukan UKM bagi membawa kertas aduan dan lontaran masalah kepada pihak Pusat Sukan. Beliau berkesempatan untuk berjumpa dengan Ketua Pusat Sukan, Dr. Tajol bagi menyampaikan permasalahan tersebut. Kami di pihak MPP Aspirasi UKM berharap pihak Pusat Sukan UKM dapat menyelesaikannya dan memberikan penambahbaikan demi kebajikan dan keselesaan mahasiswa/i UKM.
Bagi pihak Pusat Sukan UKM, mereka menerima reaksi positif dalam masalah aduan ini. Terima kasih kerana menerima aduan kerosakan yang telah dibuat. Pihak Pusat Sukan UKM akan menyelesaikan masalah ini di peringkat jawatankuasa mereka dalam meneliti kembali kos penambahbaikan tersebut.
Untuk makluman mahasiswa/i UKM terutamanya Kolej Tun Syed Nasir, Pusat Sukan UKM telah selesai dalam pembinaan Dewan Squasy di KTSN dan akan dibuka tidak lama lagi.
:: Kebajikan dan Keselesaan Mahasiswa Diutamakan ::
Melaporkan : MPP UMUM - Shahrul Akmal Johari
1 comments:
tengok jugak gelanggang badminton dalam DSG tu. sangat la teruk berbanding court2 yg kt atas ni. masih menunggu 'bajet 2013' untuk membaiki lantai dewan seperti yg diberitahu sebelum ni
Post a Comment