Bersempena minggu peperiksaan di UKM bermula daripada 31 Disember 2012 hingga 20 Januari 2013, pihak pengurusan tertinggi UKM telah turun padang ke lokasi peperiksaan. Lokasi yang sempat ditinjau adalah :
1) Bangunan Baru Perpustakaan Lingkungan Kedua
2) Dewan Tun Abdullah M.Salleh
2) Dewan Tun Abdullah M.Salleh
Kecergasan dan keaktifan pemikiran dipengaruhi oleh persekitaran yang didiami. Oleh itu, pihak pentadbiran dengan sedaya upaya menyediakan ruang ini agar mahasiswa dapat menduduki peperiksaan dengan aman dan selesa.
Prof. Tan Sri Dato' Wira Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM, Puan Kiftiah Abdul Razak, Timbalan Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik, beberapa kakitangan pentadbir dan wakil MPP UKM telah melawat semua ruangan peperiksaan untuk melihat kesesuaiannya daripada beberapa aspek. Lawatan ini telah dijalankan pada 7 Januari 2013.
Berkenaan kerosakan lantai, lif dan beberapa prasarana yang lain amatlah dikesali oleh pihak Tan Sri sedangkan ia merupakan bangunan yang baru dan masih tidak beroperasi secara penuh. Walau bagaimanapun, ia sesuatu yang tidak dijangkai dan Puan Kiftiah telah berkata pihak Bahagian Pengurusan Akademik dan jabatan terlibat akan melakukan pembaikpulih agar ianya kembali pulih dan tidak membahayakan keselamatan pengguna.
Disamping melawat dewan peperiksaan, Tan Sri juga berkesempatan untuk beramah mesra bersama mahasiswa yang bakal mengambil peperiksaan di dewan itu. Beberapa komen mengenai dewan peperiksaan telah dikongsi bersama disamping bertanya mengenai subjek yang di ambil. Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa pihak pengurusan UKM, khususnya Tan Sri sendiri, ingin turun padang untuk bersama-sama dengan mahasiswa UKM tetapi urusan-urusan pengurusan menghadkan peluang ini.
Sejerumus selepas itu, Tan Sri melawat Dewan Tun Abdullah M. Salleh dan sempat beramah mesra bersama mahasiswa di sana. Antaranya pelajar daripada negara Jerman (Fakulti Kejuruteraan) dan pelajar Sains Forensik (Fakulti Sains Kesihatan).
# Diambil daripada FB TNC HEPA UKM bersempena lawatannya pada 2 Januari 2013 yang lepas :
Pihak MPPUKM mewakili semua mahasiswa UKM, mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan UKM diatas keprihatinan dan semua kemudahan yang telah disediakan kepada mahasiswa.
Akhir kata, kami akan lakukan yang terbaik dalam peperiksaan ini untuk UNIVERSITI, NEGARA, BANGSA dan AGAMA. In shaa Allah.
Akhir kata, kami akan lakukan yang terbaik dalam peperiksaan ini untuk UNIVERSITI, NEGARA, BANGSA dan AGAMA. In shaa Allah.
"Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan"
0 comments:
Post a Comment