Dalam menjawab andaian-andaian tentang tahap kesihatan pelajar UKM yang dikatakan menghidapi penyakit seperti demam,batuk,sakit tekak daripada pelajar UKM sendiri, saya telah menemui Dr Roslan Abd Jalil(Ketua Pusat Kesihatan) atas kapasiti ingin tahu.Dari pemahaman saya, beliau telah menjelaskan bahawa andaian-andaian panik perlu dielakkan kerana tahap kesihatan di UKM berada dalam keadaan normal. Daripada itu juga saya telah mendapatkan sedikit maklumat tentang faktor dan cadangan berkenaan kesihatan daripada MPP Umi Nazira.Ini adalah antara maklumat yang di berikan.
Antara faktor-faktornya ialah:
- Peningkatan taraf hidup yang menyebabkan tekanan, terutama dari segi mental akibat tekanan kerja yang tidak diuruskan dengan baik. Ditambah dengan gaya hidup yang kurang sihat; spt. merokok, pengambilan makanan yang kurang sihat dan tidak teratur, serta kurang mengamalkan senaman.
- Dari faktor sekeliling, badan yang kurang ataupun lambat adaptasi terhadap perubahan persekitaran membuatkan badan lebih cenderung untuk sakit.
- Adaptasi ginetik oleh virus2 terhadap perubahan sekeliling dan vaksin2 yang terdahulu menyebabkan muncul penyakit baru dan virus menjadi semakin rintang terhadap ubat2 sedia ada.
Cadangan mengatasinya:
- Amalan kebersihan yang sempurna.
- Jangan ambil mudah walau sakit yang ringan.
- Elakkan selalu tertumpu dan berada di kawasan yang padat.
- Ambil prevalens yang sesuai, dapatkan nasihat pakar/doktor sebelum diambil
- Kawalan diri- emosi, penjagaan kesihatan,dan gaya hidup yg lebih sihat
- Ambil tahu akan wabak dan penyakit yg sedang menular; untuk ambil pencegahan
- Kurangkan terdedah di luar.
Program-program seperti Walkathon,Siswa Sihat dan banyak lagi dilihat mempunyai matlamat untuk melahirkan mahasiswa yang cerdas dan cergas. Saya menyeru agar rakan mahasiswa dapat menjaga kesihatan fizikal dan mental. Pesanan ini adalah bagi memastikan mahasiswa dapat menjalani segala aktiviti pembelajaran,ko-kurikulum serta menikmati persekitaran kampus yang sihat.
TEGUH SETIA BERSATU
0 comments:
Post a Comment