MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Monday, October 17, 2011

MPP ASPIRASI UKM INGINKAN MESYUARAT PERINGKAT MPPUKM

Posted by ASPIRASI UKM 2:49 AM, under | No comments

MPP Aspirasi UKM kesal dengan "feedback " yang di terima melalui jawapan balas yang diberikan wakil PMUKM Wan Ahmad Fahmi (melalui Facebook) berkenaan permintaan MPP Aspirasi UKM yang mencadangkan Presiden PMUKM Ahmad Muzammil untuk memanggil mesyuarat peringkat MPPUKM bagi semester ini. 

Tujuan MPP Aspirasi UKM inginkan mesyuarat peringkat MPPUKM adalah disebabkan pendekatan yang digunakan pimpinan (Presiden) PMUKM sesi kali ini yang hanya menjalankan mesyuarat dengan memanggil pengerusi biro sahaja. Untuk makluman, tiada satu pun pengerusi biro di dalam kabinet PMUKM dianggotai oleh MPP Aspirasi UKM. Sehubungan dengan itu, maklumat atau suara mahasiswa yang diwakili oleh MPP Aspirasi UKM tidak dapat disampaikan kepada pimpinan PMUKM dengan berkesan.


Klik untuk paparan lebih jelas



Sebelum ini terdapat sebuah pertubuhan haram yang mengutuk keras sikap PMUKM yang tidak memanggil mesyuarat pada sesi sebelum ini. Namun kini, kumpulan tersebut sunyi dari membetulkan 'kesilapan' PMUKM. MPP Aspirasi UKM bukan berniat mahu memburukkan presiden PMUKM namun suara mahasiwa merupakan elemen paling penting kritikal dan tidak boleh dipandang sepi.

Untuk rekod, PMUKM sesi kali ini juga telah gagal dalam menyelaras Mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) bersama PMUKM bagi semester lepas yang seharusnya menjadi jambatan terbaik bagi setiap MPPUKM menyuarakan sendiri permasalahan mahasiswa kepada pihak pengurusan universiti. Namun mahasiswa UKM telah mengalami kerugian setelah peluang tersebut  dilepaskan oleh PMUKM secara tidak bertanggungjawab dan menyebabkan banyak masalah mahasiswa tidak dapat di bawa ke pengetahuan pengurusan tertinggi universiti. Bagi semester ini masih tiada lagi ura-ura mesyuarat LPU akan dilaksanakan. Mesyuarat LPU dilaksanakan 2 kali bagi setiap sesi PMUKM.

TEGUH SETIA BERSATU

0 comments:

Post a Comment