MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Tuesday, June 7, 2011

Pertemuan MPP Aspirasi FKAB Bersama Timbalan Dekan

Posted by ASPIRASI UKM 11:11 PM, under | No comments

MPP Aspirasi UKM Saudara Mohd Azlan Ismail telah berjumpa Prof Ir Dr. Mohd Sobri Takriff Timbalan Dekan (Pra Siswazah dan Alumni) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) pada 3 Jun 2011 yang lalu bagi membawakan masalah mahasiswa FKAB ke pihak tertinggi di fakulti berkenaan. 

Intipati perjumpaan berkenaan adalah berkisar mengenai manifesto yang dibawakan sewaktu pilihan raya kampus yang lalu. Manifesto yang dibawakan merangkumi Penambahbaikan kemudahan pembelajaran, Memasang palang besi bagi tempat meletak motosikal dan R.O Water, Penggunaan kemudahan sukan di FKAB yang adil di antara mahasiswa dan staf FKAB.


Maklum balas yang di terima dari Timbalan Dekan FKAB tersebut sangat positif dan menggalakkan serta beliau berbangga dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh MPP Aspirasi FKAB Saudara Mohd Azlan Ismail khasnya dan MPP Aspirasi UKM amnya yang menggunakan saluran intelektual bagi membawa permasalahan mahasiswa ke pihak atasan. Menurut beliau, di peringkat FKAB semua manifesto berkenaan akan dipanjangkan ke peringkat Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) UKM untuk tindakan lanjut. Pihak FKAB akan memberikan informasi lanjut setelah mendapat feedback daripada JPP berkenaan. Namun apa yang pasti dan menggembirakan FKAB akan mewujudkan gelanggang bola keranjang di kawasan FKAB untuk kemudahan bersukan warganya.

:: TEGUH SETIA BERSATU::

0 comments:

Post a Comment