MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Monday, June 6, 2011

KPI PMUKM Sesi 2010/2011 Merudum?

Posted by ASPIRASI UKM 2:15 PM, under | 2 comments

Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang berlangsung baru-baru ini merupakan satu persidangan yang menjadi jambatan dan saluran kepada mahasiswa terutamanya dalam menegahkan permasalahan dan pandangan pelajar terhadap sesuatu isu dan fenomena yang berlaku baik di peringkat nasional mahupun internasional. Platfrom ini penting bagi menjamin fungsi badan pelajar yang kini bukan sahaja terhad dalam ruang lingkup kampus, namun menjadi pemangkin dan suara hati masyarakat secara keseluruhannya. Setiap universiti awam dan beberapa pusat pengajian tinggi swasta di negara ini akan menghantar kertas cadangan atau kertas kerja bagi membincangkan idea-idea bernas untuk membantu kerajaan persekutuan dan negeri bagi mengatasi sesuatu permasalahan dan kerumitan yang berlaku pada persidangan MPPK tersebut.


PMUKM pimpinan Saudara Ahmad Muzzammil Muhd Khairi pada sesi kali ini gagal mengemukakan sebarang kertas kerja atau projek paper untuk dibentangkan pada persidangan tersebut. Keadaan ini secara tidak langsung mencerminkan ketidakpedulian pihak PMUKM dalam menyatakan pendirian, pandangan, hujahan dan idea yang bernas dalam sesuatu isu yang berbangkit dewasa ini. PMUKM yang seharusnya menjadi  suara mahasiswa dalam menyampaikan padangan dan perspektif mahasiswa terhadap sesuatu isu telah menodai kepercayaan yang diberikan terhadapnya.

Untuk pengetahuan sidang pembaca, PMUKM sesi lepas pimpinan Aspirasi UKM telah membentangkan kertas kerja yang berjudul "Transformasi Pendidikan Tinggi Negara Ke Arah Graduan Berketrampilan"di hadapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin. Pembentangan tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Saudara Mohd Kamal Ali Mantan Setiausaha Agung PMUKM sesi lepas. Klik

Ketika dihubungi, Saudara Kamal Ali menyatakan beliau sedikit kecewa kerana PMUKM sesi kali ini tidak langsung menyatakan kesedian biar pun beliau bersedia membantu dalam membangunkan kertas kerja yang berkualiti untuk dipersembahkan di MPPK tersebut meskipun beliau masih merupakan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM sesi kali ini.

Selain Key Performance Index (KPI) PMUKM sebagai badan pelajar utama di UKM merosot ianya juga memberikan impak yang sangat tidak sihat kepada KPI UKM sebagai universiti penyelidikan (RU) dan sekaligus menjejaskan ranking UKM. Natijahnya, graduan dan bakal-bakal graduan UKM mungkin terjejas kerana kerosakan (damage) teruk imej dan reputasi UKM itu sendiri. 

Untuk itu MPP Aspirasi UKM berharap pihak PMUKM lebih bertanggung pada masa hadapan. PMUKM juga perlu melibatkan ke semua MPP termasuk MPP Aspirasi dalam aktiviti yang melibatkan imej universiti. Setakat ini tiada seorang pun MPP Aspirasi yang di panggil untuk bermesyuarat jawatankuasa PMUKM bagi membincangkan perkara-perkara dasar PMUKM. Mesyuarat yang di adakan hanya melibatkan Pengerusi Biro dan tidak ada maklumat yang sampai kepada ahli biro-biro tersebut. PMUKM kali ini meletakan semua MPP dalam biro-biro tertentu tetapi menganaktirikan MPP Aspirasi dari membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan UKM.

::TEGUH SETIA BERSATU::

2 comments:

Menurut Presiden PMUKM Kertas Kerja telah dihantar tetapi akibat konspirasi pihak atasan kertas tersebut tidak dapat dibentangkan pada MPPK tersebut.. Fikir-fikirkan lah hujahan seorang pimpinan persatuan induk UKM ini... moga mendapat pencerahan

lebih baik Saudara Ahmad Muzzammil Muhd Khairi letak jawatan je sebagai presiden PMUKM...cakap banyak tapi hasil tak ade..harap jangan merosakkan nama baik universiti...

Post a Comment