MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Friday, June 10, 2011

Masalah Pendaftaran Semester Pendek MPP Aspirasi Ambil Berat

Posted by ASPIRASI UKM 7:53 PM, under | 1 comment

MPP Aspirasi UKM semalam menerima aduan daripada seorang rakan mahasiswa yang menyatakan bahawa mempunyai masalah dalam urusan pendaftaran semester pendek. Beliau menyatakan bahawa "kami ke pejabat kedekanan untuk membuat pendaftaran secara manual namun pejabat dekan menyuruh kami untuk berjumpa dengan pensyarah yang mengajar subjek berkenaan, jika ada kekosongan maka pensyarah berkenaan akan mendaftarkan pelajar secara manual. Kami di terima masuk untuk mengambil subjek berkenaan dan belajar seperti biasa sehingga sekarang. Tetapi nama kami masih tiada dalam SMPWEB dan apabila kami bertanya kepada pensyarah berkenaan mengenai urusan pendaftaran beliau menyatakan bahawa sudah mendaftarkan nama kami. Puas kami menyemak di SMPWEB dan akhirnya pensyaraj berkenaan menyuruh kami merujuk di Bahagian Pengurusan Akademik, Canselori. Kami seramai 13 orang pergi ke BPA untuk mendapatkan maklumat tentang perkara berkenaan. Namun sangat mendukacitakan apabila pertanyaan kami tidak dilayan dengan alasan BPA mengutamakan mahasiswa tahun akhir untuk mendapat tempat terlebih dahulu dalam semester pendek ini. BPA menyatakan bahawa pendaftaran secara manual hanyalah untuk mahasiswa tahun akhir". Kata mahasiswa tahun dua ini.

"Kami akhirnya mendapatkan ruang untuk berhubung dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Ir. Dr. Othman Karim untuk memohon campur tangan beliau mengenai perkara ini dan Alhamdulillah masalah kami selesai dengan bantuan Ybhg TNC. Kami berharap MPP Aspirasi UKM dapat membantu kami dan seluruh mahasiswa UKM lain yang mungkin berhadapan dengan masalah yang sama pada masa hadapan". Tambah beliau lagi.

Sehubungan dengan perkara tersebut MPP Aspirasi UKM saudara Kamal Ali mengadakan pertemuan rasmi dengan Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik Pn. Zaiton bagi mendapatkan sendiri feedback daripada beliau mengenai kerumitan yang berlaku ini.
MPP Aspirasi UKM saudara Kamal Ali bersama Pn. Zaiton

Menurut beliau, ramai mahasiswa yang tidak tahu atau mungkin terlepas pandang mengenai perkeliling yang dikeluarkan kepada semua Dekan Fakulti, Pengarah-Pengarah, dan PMUKM mengenai masalah ini. Ironinya  mahasiswa masih kabur mengenai perihal semester pendek ini. Bagi tujuan itu, beliau memohon MPP Aspirasi UKM untuk membantu menyebarluaskan maklumat tersebut bagi rujukan mahasiswa UKM pada masa hadapan.

Menurut beliau syarat-syarat pendaftaran semester 3 adalah seperti berikut:
  1. Pendaftaran untuk semester 3 sesi akademik 2010-2011 adalah PILIHAN kecuali beberapa fakulti                  
  2. Mahasiswa dibenarkan mengambil tidak melebihi tiga kursus sahaja.
  3. Mahasiswa tidak dibenarkan membuat penambahan dan pengguguran kursus selepas semester 3 bermula.
  4. Pendaftaran secara kes khas hanya dibenarkan untuk pelajar tahun akhir dan akan menamatkan pengajian sahaja.
  5. Penarikan diri daripada kursus boleh dilakukan sehingga minggu ke- 5 pengkuliahan iaitu sehingga 5 Jun 2011 dan akan diberi gred TD.
  6. Permohonan untuk tidak mengikuti semester 3 bagi pelajar yang telah mendaftar kursus pada minggu pendaftaran hendaklah dibuat secara rasmi kepada Timbalan Pendaftar (Akademik) setelah di sokong oleh Dekan Fakulti sebelum 15 Mei 2011 untuk mendapatkan pelepasan yuran. Permohonan selepas tarikh tersebut akan di kira menark diri daripada kursus dan di beri gred TD.
  7. Tempoh pengajian semester 3 tidak diambilkira bagi menentukan tempoh maksimum yang dibenarkan untuk keperluan ijazah.
  8. Kursus yang kurang daripada 10 orang mahasiswa akan dibatalkan dan mahasiswa diminta mendaftar kursus pada semester berikutnya.
  9. Bagi pendaftaran kursus U2 dan U3 yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Umum, Keutamaan diberikan kepada pelajar tahun akhir yang akan menamatkan pengajian pada sesi akademik 2010/2011. 
  10. Bayaran denda RM 15 akan dikenakan jika lewat mendaftar kursus.
  11. Semasa pendaftaran mahasiswa hanya perlu memilih butang pendaftaran kursus semasa. Mahasiswa perlu memastikan pendaftarankursus di buat untuk semester 3.

Setelah menghuraikan dengan panjang lebar mengenai perkara tersebut, beliau berharap seluruh mahasiswa dapat maklumat yang tepat mengenai semester 3 ini. Beliau juga berbesar hati dengan kehadiran MPP Aspirasi UKM ke BPA dapat menjadi medium penyebaran maklumat yang telus kepada seluruh warga kampus.


::TEGUH SETIA BERSATU::

1 comments:

Lawati blog kami

www.jangankalot.co.cc

Post a Comment