MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Friday, March 8, 2013

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

Posted by ASPIRASI UKM 8:04 PM, under | 1 comment

SALAM MPP ASPIRASI UKM

"SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA"


Hari ini merupakan hari bagi bagi wanita sedunia. Hari yang dikhaskan bagi wanita, bagi menghargai jasa wanita sepanjang zaman. Tanpa wanita, tiada kita didunia ini. Besar peranan wanita terhadap dunia sejak daripada dahulu hingga ke zaman globalisasi kini. Di zaman kegemilangan Mesir Kuno, begitu tinggi kuasa wanita hingga wanita diangkat menjadi Firaun (Firaun Hatsepshut) , menaungi sebuah kuasa besar dunia pada ketika itu. Begitu juga didalam Islam. Besar peranan dan makna Saidatina Siti Khadijah R.A dan Saidatina A'isyah R.A, isteri Nabi Muhammad SAW serta anakanda Baginda Rasul, Saidatina Fatimah R.A . Dalam aspek negara kita Malaysia, wanita memainkan peranan penting dalam menggerakkan pelan Transformasi Nasional, idea bernas YAB PERDANA MENTERI, Dato' Seri Najib Tun Abd Razak. Oleh itu, hari ini merupakan hari penghargaan bagi kesemua wanita didunia diatas jasa mereka dalam sekecil-kecil tugas kepada keluarga hinggalah tugas kepada negara. 

INSPIRASI WANITA , PENGGERAK TRANSFORMASI NEGARA



1 comments:

Kepada admin, mohon perbetulkan beberapa perkara yang mungkin pada saya typing error.

1. ". Besar peranan dan makna Saidatina Siti Khadijah R.A, isteri Nabi Muhammad SAW serta anakanda Baginda Rasul, Saidatina Fatimah R.A dan Saidatina A'isyah R.A"

(a)Saidatina Aisyah radhiyallahu anha bukan anak Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam.

(b) Tiada "Siti" untuk nama mereka. Perkataan siti juga tidak valid dalam bahasa arab. Hanya bahasa melayu saja ada.

Wallahu'alam

Post a Comment

Tags

Blog Archive

Blog Archive