PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2012/2013
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, sukacita sekiranya pelajar program Prasiswazah Sesi Akademik 2012/2013 membaca dengan teliti pekeliling ini dan mengambil tindakan seperti berikut:
1. Pendaftaran Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2012/2013 akan dijalankan secara web melalui laman web http://www.ukm.my/smpweb
2. Pelajar adalah dinasihatkan supaya tidak mendedahkan NPP (password) masing-masing untuk mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari
3. Maklumat dan kemudahan untuk mendaftar kursus seperti berikut:
4. Pelajar lama yang tidak membuat pendaftaran awal tidak dibenarkan membuat pendaftaran kursus kecuali setelah menjelaskan denda sebanyak RM15.00
5. Pelajar yang menggantung pendaftaran pada semester sebelumnya dan mendaftar selepas 18 Februari 2013 juga akan dikenakan bayaran denda sebanyak RM15.00
6. Bayaran perlu dibuat di kaunter Bayaran Jabatan Bendahari dan resit yang diperolehi diserahkan di kaunter Bahagian Pengurusan Akademik untuk dikemas kini status pendaftaran diri pelajar. Bagi pelajar Kampus Kuala Lumpur dan Kampus Cheras, sila berurusan dengan kaunter pejabat Dekan masing-masing
7. Pelajar dikehendaki mendaftar kursus mengikuti unit maksimum yang dibenarkan. Pelajar yang ingin mendaftar kursus melebihi unit yang ditetapkan, sila dapatkan kebenaran daripada Dekan Fakulti dan memastikan Fakulti mengemaskini dalam Sistem Maklumat Pelajar sebelum pelajar membuat penambahan kursus melalui SMPWEB
8. Pelajar diwajibkan membuat pengesahan pendaftaran kursus pada minggu kelima semester iaitu bermula 18-24 Mac 2013 dan sebarang perubahan kursus selepas tempoh tersebut tidak akan diterima
9. Pelajar adalah bertanggungjawab untuk:
- Mendaftar, menyemak dan mengesahkan semua kursus yang telah didaftarkan;
- Memastikan maklumat peribadi di dalam SMPWEB adalah terkini pada setiap semester seperti ejaan nama, alamat surat menyurat, alamat e-mel dan no kad pengenalan;
- Sentiasa prihatin mengenai notis dan pekeliling terbaru yang dipaparkan oleh Bahagian Pengurusan Akademik di dalam SMPWEB
:: MPPUKM ::
0 comments:
Post a Comment