MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Saturday, November 26, 2011

MPP Aspirasi UKM Bantah Seksyen 15 AUKU Dipinda

Posted by ASPIRASI UKM 3:38 PM, under | 1 comment

MPP Aspirasi UKM hari ini sebulat suara bersetuju untuk menggesa kerajaan agar melakukan kajian secara terperinci mengenai pindaan ke atas seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri untuk dipinda. MPP Aspirasi UKM yakin bahawa hanya segelintir mahasiswa yang cenderung untuk mengamalkan politik kepartian dan angka ini tidak sampai 20-30 peratus dan ianya tidak mengambarkan nilai majoriti.

Masyarakat kampus hari ini yang lebih terdedah dengan amalan kesederhanaan, sikap musawarah yang menolak fahaman ekstrtimis akan lebih selesa untuk mengekalkan apa yang sudah diamalkan sejak pengenalan AUKU sekitar tahun 70 'an itu. Hal ini dapat dilihat apabila temu bual secara lisan MPP Aspirasi bersama beberapa pelajar sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bebeberapa universiti sekitar yang menyatakan bahawa mereka tidak setuju jika seksyen tersebut dipinda. Bagi mereka amalan menolak budaya politik kepartian ini harus dipertahankan kerana ianya merupakan jaminan bagi melahirkan pemikiran mahasiswa atau bakal graduan yang lebih merdeka tanpa dipengaruhi oleh idealogi politik kepartian yang disertainya.



Memang benar di universiti ada Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa tetapi ianya setakat ini hanya melaksanakan idealogi pelajar dan bukannya idealogi parti politik luar. Aspirasi UKM sebagai contoh yang telah sekian lama menjadi tunjang kesejahteraan politik kampus yang menolak sifat ekstrimis merupakan jambatan politik terunggul dan bukannya politik kepartian luar.

MPP Aspirasi UKM menyeru agar kerajaan menimbangkan semula keputusan pindaan seksyen 15 AUKU demi kesejahteraan kampus dan kelestarian idealogi merdeka mahasiswa tanpa pengaruh budaya politik luar yang tidak sesuai dengan cara hidup mahasiswa.

::TEGUH SETIA BERSATU::

1 comments:

Post a Comment