MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Tuesday, June 25, 2013

MPP DAN ASPIRASI PRIHATIN : PENGEDARAN ''FACEMASK" DAN AIR MINERAL PERCUMA

Posted by ASPIRASI UKM 9:43 PM, under | No comments


       

SALAM MAHASISWA TRANSFORMASI

MPP DAN ASPIRASI PRIHATIN KEBAJIKAN MAHASISWA/I

Hari ini, Majlis Perwakilan Pelajar UKM (MPPUKM) bersama ASPIRASI KAMPUS UKM dan CHINESE COMMUNITY COUNCIL (CCC) mengedarkan "facemask" dan air mineral secara percuma di seluruh kampus UKM BANGI. Pergerakan bermula di Kolej Ungku Omar seterusnya ke pusat-pusat peperiksaan, Pusanika, kolej kediaman, PTSL dan Kiosk Eko-Niaga. Program ini telah disertai oleh MPP, wakil-wakil ASPIRASI kolej kediaman dan rakan-rakan dari CCC. Rata-rata pelajar UKM berterima kasih di atas pengedaran "facemask" dan air mineral secara percuma kepada mereka.  Usaha dan keprihatinan ini menunjukkan ASPIRASI sentiasa mengutamakan dan cakna terhadap keperluan dan kebajikan mahasiswa/i UKM. Pihak MPP mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu menjayakan program ini. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato' Sri Sharifah Hapsah di atas sokongan yang telah di berikan dan keprihatinan Tan Sri Naib Canselor terhadap kebajikan dan isu semasa mahasiswa/i UKM.

       
      
      
         

BERKHIDMAT BERBAKTI
MPP ASPIRASI UKM

0 comments:

Post a Comment