
PUTRAJAYA 22 Ogos – Seramai 41,267 pelajar baru yang bakal mendaftar di institut pengajian tinggi awam (IPTA) sesi akademik 2011/ 2012 bermula 3 September ini boleh menarik nafas lega apabila mereka tidak perlu membayar yuran semasa sesi pendaftaran.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed khaled Nordin berkata, yuran pendaftaran itu hanya akan ditolak daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dipohon...