MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Monday, November 12, 2012

Tuding Jari? Bukan Cara Kami! (Disebalik pemasalahan Trans Rengit)

Posted by ASPIRASI UKM 6:32 PM, under , | 1 comment

Sudah tiba masa untuk kita melaksanakan gerak kerja dalam menangani sesebuah isu, jangan hanya mendiamkan diri, malahan sanggup menuding jari terhadap JAKSA seperti yang dilakukan sesetengah pihak.

Pada hari Isnin, 12hb November 2012, MPP Kinanda Nugraha telah berjumpa dengan pihak pentadbiran universiti dan Trans Rengit untuk membincangkan isu perkhidmatan bas di UKM. Perjumpaan tersebut dihadiri oleh Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim (TNC HEPA), En. Musa Zainal Abidin Othman (Timbalan Pendaftar, JPPEL), En. Mohd Heesyamuddin (Penolong Pendaftar), En. Othman (Unit Kenderaan), dan En. Mahyudin (Trans Rengit)


MPP bersama pihak pentadbiran UKM dan Trans Rengit

Berikut adalah maklumat yang kami terima:

Setelah berakhirnya kontrak selama 4 tahun yang dipersetujui antara UKM dan Kiffah dengan menggunakan sistem ‘Direct Nego’, UKM telah melakukan proses ‘Open Tender’ dan disertai oleh beberapa syarikat perkhidmatan bas. Setelah dinilai daripada pelbagai aspek, Trans Rengit berjaya mendapatkan kontrak penyedia perkhidmatan bas rasmi UKM pada 1hb September 2012.

Walaupun sudah rasmi beroperasi, namun Trans Rengit tetap harus menjalani pemarkahan SLA (Service Level Agreement) selama tempoh perkhidmatan berjalan. Jika Trans Rengit tidak dapat memenuhi syarat SLA, maka kontrak boleh diberhentikan oleh Bendahari UKM.

Pada hari ini, pihak Bendahari UKM telah melakukan perjumpaan rasmi dengan pihak Trans Rengit (perjumpaan bersifat sulit, sehingga MPP tidak dibenarkan mengikuti perjumpaan tersebut) untuk membincangkan tentang SLA (Service Level Agreement) dan hal penyambungan kontrak antara UKM dan Trans Rengit.

Pihak pentadbiran telah menerima dan merekodkan semua aduan pelajar mengenai isu pengangkutan (perkhidmatan bas), namun langkah yang diambil haruslah mengikuti prosedur, iaitu pihak UKM tidak boleh memberhentikan kontrak yang telah dibuat secara serta merta.

Pihak yang bertanggungjawab dalam menerima aduan mengenai isu perkhidmatan bas ini adalah Unit Kebajikan, bukannya pihak JPPEL mahupun HEPA. Namun begitu, USAHA dan KERJASAMA telah DILAKUKAN oleh pihak JPPEL, HEPA, Unit Kenderaan, dan Trans Rengit sendiri untuk mengatasi permasalahan ini demi kebajikan seluruh pelajar UKM.

Pihak Universiti menggalakkan pelajar untuk membuat aduan yang “bertanggungjawab” mengikut prosedur yang betul dengan menyertakan :

1.       1. No Matrik
2.       2. Zon bas / No. plat bas
3.       3. Tarikh dan masa
4.       4. Aduan
5.       5. Cadangan

Aduan yang lengkap akan memudahkan pihak Universiti dan Trans Rengit untuk mengesan dan mengenalpasti permasalahan yang wujud. Sebarang aduan boleh terus disampaikan kepada Unit Kebajikan atau MPP (http://mppaspirasiukm.blogspot.com/p/hubungi-kami_8.html) dengan kadar segera.

"Semut di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tak tampak",

Kami MPP ASPIRASI tidak hanya melihat isu, menyalahkan JAKSA dan Universiti, tetapi kami bertindak.

:: TRANSFORMASI MAHASISWA, KEGEMILANGAN ASPIRASI UNIVERSITI ::

1 comments:

salam,saya ingin bertanya kepda pihak MPP aspirasi tentang masalah kehilangan dan kecurian motor yg semakin berleluasa...2 hari lepas seorang pelajar fpi kehilangan motornya 125 di kdo pada waktu 3.45 ptg...manakala semalam pulan saudara syukran ketua pmukm juga telah kehilangan motornya...selepas mengadu kepada beberapa pihak ternyata tiada tindakan yg diambil kecuali hanya bercakap kepada pihak pengurusan..jadi kami mengsyorkan untuk jika pihak anda boleh membuat 1 memorandom untuk pelajar bagi menukar semua pengawal keselamatan yg hanya tahu makan gaji buta...saya mendapat satu laporan polis mengatakan bahawa pihak keselamaan UKM tidur pada waktu bekerja...dan bila berlaku apa2 mula la mereka ni buat sibuk nk cek motor pada waktu malam..sedangkan semua kes kehilangan motor berlaku pada waktu petang.....kesedaran dari pihak tuan amatlah diharapkan....-student UKM..

Post a Comment