Keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2012 telah menunjukkan bahawa kehadiran dan kemenangan Obama buat kali kedua ini menjadi harapan buat masyarakat antarabangsa dalam mengembalikan kestabilan pada tempatnya. Namun, kemenangan beliau nampaknya tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada masyarakat dunia. Kita melihat isu Palestin terutamanya di Gaza baru-baru ini dinyatakan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mengulangi sokongan AS terhadap tindakan Israel yang didakwa berhak mempertahankan negaranya, ketika bercakap melalui telefon dengan Netanyahu mengenai konflik tersebut.
Dengan insiden kemarahan dunia Islam yang masih belum reda ekoran penerbitan filem anti-Islam, pendirian Obama yang terus menyokong Israel dan menghalalkan apa cara yang digunakan Israel ke atas Gaza menimbulkan kebencian dan kemarahan umat Islam dunia.
Baru-baru ini, Kabinet Israel telah meluluskan kebenaran mengerahkan 75,000 askar simpanan sebagai persediaan perang terhadap Palestin. Pegawai di Gaza berkata, 41 warga Palestin terbunuh, 20 adalah orang awam termasuk 8 kanak-kanak dan seorang wanita hamil dan beratus lagi yang cedera sejak Israel melancarkan serangan empat hari lalu (BH, 18/11/2012).
Sementara itu, Presiden Mesir, Mohamed Mursi menyifatkan serangan Israel ke atas Genting Gaza sebagai pencerobohan kejam terhadap kemanusiaan, sambil menegaskan Mesir tidak akan membiarkan Gaza bersendirian. "Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza seorang diri. Mesir hari ini bukannya Mesir semalam. Masyarakat Arab hari ini juga bukan masyarakat Arab seperti sebelum ini", tegas Mursi.
Palestinian girl, Hanen Tafesh, killed the day before in an Israeli air strike, is comforted by her husband and relatives as she mourns before her funeral in Gaza City, on November 16, 2012. Israeli warplanes carried out multiple new air strikes on the Palestinian territory, including several hits on Gaza City, the third day of an intensive campaign which the military has said is aimed at stamping out rocket fire on southern Israel. AFP PHOTO/MARCO LONGARI AFP
Oleh itu, kami sekeras-kerasnya mengutuk segala tindakan zalim yang dilakukan Israel/Zionis ke atas Palestin khususnya Gaza. Mari kita semua masyarakat Islam menyumbangkan tenaga, masa, wang ringgit dan doa kepada mereka yang menderita di sana. Contohnya, kewujudan tabung khas Gaza menunjukkan salah satu simbolik keprihatinan kita terhadap saudara Islam kita di sana. Kita juga mengharapkan Kerajaan Malaysia terus menerus mendesak, tegas, berani dan berusaha menghentikan pertumpahan darah yang berlaku di Gaza.
Peranan badan pengaman dunia turut digalas oleh banyak pertubuhan dan institusi antarabangsa yang bersifat serantau seperti Pakatan Atlantik Utara (NATO), Kesatuan Eropah (EU), Kesatuan Afrika (AU), Pertubuhan Negara Asia Tenggara (ASEAN), OIC dan banyak lagi. Semua pertubuhan dan institusi yang bersifat serantau ini turut sama bermatlamat memastikan keamanan dan keselamatan dunia sejagat di samping PBB. Kami ingin melihat keprihatinan dan tanggungjawab anda dalam mengutarakan penyelesaian yang berlaku di Palestin khususnya di Gaza. Kegagalan usaha campur tangan antarabangsa dalam pelbagai konflik antarabangsa di serata pelosok dunia sebenarnya merupakan kegagalan antarabangsa, termasuk PBB dan pertubuhan serantau untuk memahami secara mendalam keadaan konflik tersebut sebagaimana yang sepatutnya.
Ya Allah ya Rahman ya Karim ya Mukmin ya Jabar ya Amin , Selamatkan saudara-saudara islam kami di Gaza daripada rakusnya Israel laknatullah.. Kuatkan iman dan hati mereka, kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan Masjidil Aqsa dan seterusnya bumi Palestin di sana. Amin..
0 comments:
Post a Comment