MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Tuesday, November 6, 2012

UKM di Pentas Akhir Bola Sepak Liga IPT 2012

Posted by ASPIRASI UKM 7:41 PM, under | No comments



Bola sepak merupakan sukan nombor satu di kebanyakan negara di dunia. Malaysia juga tidak terlepas menjadikan bola sepak sebagai sukan utama negara ini. Anak muda tidak kira dari latar belakang, bangsa mahupun universiti sering kali menjadikan sukan bola sepak ini sebagai pilihan dalam mencipta nama dan kejayaan serta seterusnya mencipta nama sebagai pemain terkenal dan berbakat.

Penganjuran Bola Sepak Liga IPT kali ini juga sebagai salah satu landasan, mahasiswa dalam mempamerkan bakat dan menempa kejayaan bagi pihak yang diwakili mereka. Malam ini akan berlangsungnya perlawanan akhir bola sepak Liga IPT di antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Komuniti Kedah (KKK). Tepat pada 6 November 2012 pukul 8.45 malam di stadium UiTM Shah Alam dan turut disiarkan secara langsung melalui Astro Arena 801, bola akan mula disepak menandakan bermulanya persaingan dan perjuangan mencari kemenangan. Para pemain bermain dengan penuh azam, taktik, cekap, tidak mengenal putus asa, ‘team work’ dan kepercayaan kepada diri yang tidak pernah luntur dalam mencari detik-detik peluang dalam melakarkan kemenangan. Saya sebagai pelajar UKM bangga dengan pencapaian pemain-pemain UKM dan kami warga UKM akan mendoakan kejayaan UKM dalam merangkul ‘ibu segala emas’.

Kapten UKM, K Reuben janji beri persembahan lebih 100 peratus

Sokonglah dengan sepenuh hati, semangat kesukanan dan penuh semangat terhadap UKM. Memetik kata-kata seorang penulis,“Lihatlah bagaimana sekelompok anak-anak muda penyokong tegar Harimau Malaya yang diberi nama 'Ultras Malaya' yang begitu hebat semangat patriotik mereka. Ada di kalangan mereka menitis air mata ketika menyanyi lagu Negaraku. Mereka ini memberi sokongan kepada skuad bola sepak negara kerana semangat kesukanan dan cintakan negara. Mereka akan merasa bangga jika skuad bolasepak negara bermain untuk mengharumkan nama negara. Sebab itu mereka ini akan merasa bangga mengibarkan Jalur Gemilang tanpa henti 90 minit”.

Dari penyokong UKM.
(Shahrul Akmal Bin Johari, MPP UKM 2012/2013)

0 comments:

Post a Comment