
Pihak Pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Pejabat Hubungan Masyarakat di bawah seliaan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Ybhg Prof Dr Saran Kaur Gill telah menyampaikan sumbangan warga UKM kepada mangsa tanah runtuh Rumah Anak Yatim At- Taqwa pada 13 Julai yang lalu. Sumbangan yang berjaya diperolehi ialah sebanyak RM 26 300 yang disumbangkan oleh warga UKM iaitu mahasiswa kampus induk dan kampus KL,...