MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Thursday, October 11, 2012

Isu Kemudahan Pusat Islam UKM

Posted by ASPIRASI UKM 6:10 PM, under , | No comments

SALAM MAHASISWA

Kebelakangan ini, MPP UKM 2012/2013 sering di"terjah" dengan pelbagai aduan, sumbangsaran dan pandangan mengenai pelbagai aspek terutamanya aduan mengenai isu kebajikan, infrastruktur, pembangunan insaniah dan kemudahan.

Kami menerima pandangan daripada seorang HAMBA ALLAH mengenai Pusat Islam UKM. Antara isu yang dibangkitkan ialah mengenai kurangnya kipas kaki di bahagian solat muslimah, ruang solat muslimin dibawah dan diatas. Selain itu, perihal isu tandas yang kurang memuaskan, bilangan tandas perlu ditambah kerana mengundang kesulitan kepada jemaah terutamanya ketika solat Jumaat, kurangnya selipar wakaf dan perlunya ada ruang bagi menyusun selipar-selipar wakaf ini agar tidak berselerak.

Atas inisiatif aduan ini, MPP MUHAMMAD AZROL dan MPP SAIFUL SYAHIR turun padang melihat situasi seperti yang dikatakan. Kami menghubungi pengurusan Pusat Islam yang lebih dikenali sebagai Ustaz Khairil, tetapi kami dimaklumkan beliau tiada dipejabat kerana bertugas diluar kawasan. Oleh itu kami memantau kekawasan-kawasan terbabit berdasarkan aduan dan insyaAllah esok, kami akan bertemu dengan Ustaz Khairil bagi menyerahkan laporan mengenai laporan tersebut. Semoga kemudahan di Pusat Islam ditambah baik untuk keselesaan dan kemaslahatan ummah.



"TRANSFORMASI MAHASISWA,
KEGEMILANGAN ASPIRASI UNIVERSITI"

Wednesday, October 10, 2012

Isu Pengurusan FSSK [SIRI 2]

Posted by ASPIRASI UKM 8:15 PM, under ,, | No comments

SALAM MAHASISWA

SUARA MAHASISWA FSSK KAMI DENGARI!
Kali ini mengenai isu tidak dapat membuat pengesahan subjek untuk KMJP. Untuk pengetahuan anda, seperti yang MPP update pada ISU PENGURUSAN FSSK SIRI 1, S/U Dekan membantu dengan rela hati untuk menguruskan pendaftaran subjek terutamanya subjek SKPD BIUS. MPP dimaklumkan oleh sesetengah pelajar bahawa mereka masih tidak dapat mengesahkan subjek disebabkan oleh pihak pengurusan FSSK lambat mendaftarkan kursus yang didaftar manual dan pertukaran set kursus.

SARANAN dan JAMINAN telah diberikan oleh S/U DEKAN, dimana segala urusan pendaftaran kursus akan diselesaikan sehingga Jumaat dan Sabtu ini. Untuk urusan ini juga, pihak FSSK telah meminta pihak PTM untuk melanjutkan masa operasi sistem untuk hari Sabtu dan Ahad. Oleh itu, SEKIRANYA anda masih tidak dapat membuat pengesahan, JANGAN risau kerana denda kerana selagi borang pendaftaran manual anda sudah hantar ke kedekanan, maka denda tidak dikenakan kerana ini bukan kesalahan pelajar.


Oleh itu, pelajar jangan risau dan gusar kerana perkara ini akan diuruskan oleh fakulti secepatnya. LIHAT mereka SANGGUP meninggalkan keluarga dihari Sabtu dan Ahad demi kebajikan anda. Balaslah JASA mereka dengan mengucapkan terima kasih kepada mereka. InsyaAllah berkat ilmu itu nanti.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi MPP SYAHIR (017-7133569) atau MPP MUHAMMAD AZROL (019-6997809).

"TRANSFORMASI MAHASISWA,
KEGEMILANGAN ASPIRASI UNIVERSITI"

Isu Pengurusan FSSK [SIRI 1]

Posted by ASPIRASI UKM 8:01 PM, under ,, | No comments

SALAM MAHASISWA

SUARA MAHASISWA FSSK KAMI DENGARI!
Diatas aduan terhadap ketidak efisyen pengurusan dan masalah pendaftaran kursus di FSSK, kami ada jawapan, ulasan dan jaminan untuk anda.  Petang tadi, MPP MUHAMMAD AZROL dan MPP SAIFUL SYAHIR telah membawa usul mengenai ketidak cekapan pengurusan FSSK.

Menurut Ketua Kerani FSSK, Pn. Sazila Maseri, masalah utama di pihak pengurusan adalah kurangnya TENAGA KERJA untuk menguruskan hal-hal mengenai prasiswazah..ini disebabkan oleh S/U Timbalan Dekan cuti bersalin dan seorang kerani yang berpengalaman telah ditukarkan ke MENTION. Pegawai baru telah dipindahkan ke FSSK iaitu Pn. Izzah, ditugaskan untuk menyelia segala urusan berkaitan prasiswazah.

Bagi mengurangkan beban Pn. Izzah, S/U Dekan dan Penolong Pendaftar FSSK, En. Karim telah bersama-sama mengembeling tenaga bagi menguruskan hal-hal mengenai prasiswazah. Oleh kerana itu, berlaku multitasking hingga memerlukan mereka balik lewat dan bekerja diwaktu cuti.

Permohonan bagi menambah tenaga kerja telah dibuat tetapi pihak pentadbiran meminta pihak FSSK untuk mengoptimumkan tenaga kerja yang ada. Ini menyebabkan urusan prasiswazah sedikit lambat dan tidak efisyen. Oleh itu, besar harapan meraka untuk anda semua FAHAM akan situasi sebelum mengherdik mereka dengan pelbagai tohmahan yang tidak baik. InsyaALLAH dalam masa terdekat ini, masalah akan selesai dan keadaan akan kembali seperti biasa.


"TRANSFORMASI MAHASISWA,
KEGEMILANGAN ASPIRASI UNIVERSITI"

Tuesday, October 9, 2012

ISU BAS KAMPUS : Satu Penelitian dan Tindakan

Posted by ASPIRASI UKM 1:05 AM, under , | 2 comments


SALAM MAHASISWA

Acap kali kita berbicara mengenai isu kemahasiswaan, sememangnya isu bas kampus meniti disetiap bibir-bibir yang berbicara. Pelbagai keluhan dan aduan cuba disampaikan kepada pihak kami sama ada melalui sms, email, sumbangsaran di FACEBOOK dan di akaun twitter.

Atas kapasiti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), kami telah menubuhkan Jalan Kerja (JK) Bas Kampus dimana MPP MUHAMMAD AZROL dan MPP AZREEN MALEK ditugaskan untuk meneliti dan merangka progres bagi isu ini. Penelitian dan perincian masalah harus dilakukan agar tiada masalah berbangkit mengenai isu bas ini setelah petisyen dan memorandum diserahkan kepada pihak yang terbabit.

Kami telah berjumpa dengan ramai pelajar untuk mengetahui dan mengumpul masalah-masalah yang timbul ekoran mahasiswa merupakan pengguna bas-bas kampus untuk keperluan mobiliti. Oleh itu, diharapkan para pelajar bersabar dan tunggu sahaja progres daripada kami. InsyaALLAH dalam semester ini, masalah ini dapat diatasi.

ANTARA ADUAN YANG KAMI TERIMA
 


ANTARA GERAK KERJA (PROGRES)


Tarikh : 26 November 2012 (Rabu)
Tempat : Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik (PPBL)
Audien : Pelajar tahun 2 program Linguistik

Monday, October 8, 2012

KAMI BERSATU: MPP UKM Bersama Pentadbiran UKM

Posted by ASPIRASI UKM 10:53 PM, under , | No comments

9 Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM mengambil inisiatif untuk mencari apa sahaja peluang untuk mencapai semua misi dan visinya. Pihak MPP UKM telah bertemu bersama Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah bagi membawa hasrat dan perjuangan 9 orang MPP UKM agar mendapat mandat pentadbiran UKM dalam melaksanakan apa saja perkara yang diperjuangkan oleh pihak MPP UKM.

Idea-idea perjuangan yg dilihatkan sebagai satu "transformasi" oleh Tan Sri adalah pendorong kepada pihak MPP UKM dalam mengutarakan perkara-perkara yang akan disiarkan tidak lama lagi. Walaupun UKM dikatakan "kalah" untuk sesetengah pihak, namun kekalahan tidak bererti suatu entiti itu lemah dan tidak bersatu. Tindakan-tindakan yang telah pihak kami ambil tanda kami prihatin terhadap semua pihak, proaktif dan berjuang untuk semua. Pihak pentadbiran UKM telah memberi kepercayaan kepada pihak MPP UKM, maka segala perjuangan, segala usaha, segala janji, akan kami kotakan :)

"Transformasi Mahasiswa, Kegemilangan Aspirasi Universiti"






ISU KAFE KTHO: Satu Usaha dan Solusi

Posted by ASPIRASI UKM 10:26 PM, under , | No comments

SALAM MAHASISWA

Akhirnya suara warga KTHO didengari dan adalah tanggungjawab kami bagi membantu warga KTHO menyelesaikan masalah yang telah berlarutan selama 3 TAHUN, iaitu masalah kafeteria.

Atas keprihatinan dan kebertanggungjawaban kami MPP UKM 2012/2013, kami mengadakan lawatan ke KTHO untuk melihat sendiri senario di KTHO. kami diringi Naib Yang di-Pertua JAKSA KTHO bersama-sama meniliti permasalahan kafe tersebut. Kami memasuki ke segenap sudut kafeteria terutamanya diruang memasak dan peyimpanan sejuk beku. Hasil daripada pemerhatian kami mendapati tahap kebersihan kafe sangat TERUK, BERLENDIR dan agak MENJIJIKKAN. selain isu kebersihan, masalah harga makanan yang tidak konsisten dan makanan yang tidak bervariasi turut diusulkan.

Pihak MPP UKM telah dimaklumkan bahawa perkara ini telah BERLARUTAN selama 3 TAHUN dan sememangnya ada kes keracunan makanan terjadi yang akhirnya pihak kafe bebas daripada tuduhan. ini merupakan satu isu yang sangat serius memandangkan warga kolej KTHO dan KDO tiada kafe lain berdekatan yang boleh dikunjungi. Satu LAPORAN LENGKAP telah dihasilkan bagi bersama-sama membantu KTHO menyelesaikan isu terbabit.

Antara cadangan solusi bagi masalah ini ialah memberhentikan kontrak pengusaha kafe dan gantikan kontrak terbabit dengan tender kafe yang lebih baik. Tetapi untuk kearah itu, INSYAALLAH pihak MPP UKM akan sentiasa mengikuti perkembangan isu dan membantu pentadbiran serta JAKSA KTHO untuk penyelesaian masalah ini. Oleh itu, BERSAMA-SAMALAH dengan kami bagi menjaga kebajikan dan kelestrian mahasiswa.

"Transformasi Mahasiswa, Kegemilangan Aspirasi Universiti"



Sunday, October 7, 2012

MPP ASPIRASI Bersama JAKSA Kolej Kediaman

Posted by ASPIRASI UKM 8:03 PM, under , | No comments


5 Oktober 2012 - Keprihatinan 9 ahli MPP ASPIRASI dalam menjaga kebajikan mahasiswa diteruskan dengan mengadakan pertemuan bersama kepimpinan pelajar di peringkat Kolej Kediaman, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i. Pihak MPP ASPIRASI sedang menjalankan pengumpulan maklumat tentang permasalahan kebajikan siswa/i di kolej kediaman. Perbincangan yang diadakan selama 2 jam itu dimanfaatkan oleh semua pihak dengan pembawaan isu-isu serta membincangkan langkah-langkah awal yang boleh diadaptasikan daripada kolej-kolej lain.


Wakil JAKSA yang telah dihadiri oleh YDP-YDP JAKSA juga dilihatkan sebagai 1 usaha dan komitmen yang awal dalam pembinaan rangkaian agar sebarang permasalahan itu dapat diteliti dan diusahakan bersama-sama pihak pentadbiran UKM dan JAKSA yang sering mementingkan kesejahteraan dan kebajikan siswa/i sering terpelihara. Antara perkara yang dibincangkan adalah seperti soal keselamatan, perkhidmatan, kemudahan serta idea penambahbaikan perkhidmatan yang ada di UKM seperti Pusat Kesihatan dan jabatan-jabatan yang lain.

Transformasi yang sering perkatakan adalah sesuatu yg perlu dalam perkembangan sesuatu perkara, namun solusi adakah penting dalam perlaksanaan sesuatu perkara. Pihak MPP ASPIRASI sangat komited dan dengan bantuan daripada pihak kepimpinan siswa/i di UKM seperti JAKSA, Persatuan Mahasiswa Fakulti, Kelab Urusetia dan Kelab Anak Negeri, segalanya berkaitan kebajikan akan dapat dipelihara secara menyeluruh. Oleh itu, pihak kami akan sering berusaha dalam memperjuangkan hak mahasiswa kerana TINDAKAN KAMI ADALAH SUARA ANDA

"BELAJAR LEBIH BAIK"