ISU AIR
Pihak
pentadbiran UKM dan MPP ASPIRASI UKM telah sedia maklum berkenaan isu ketiadaan
air di beberapa buah kolej kediaman. Masalah ini telah berlarutan selama
beberapa hari. Kami, sebagai mahasiswa turut merasa tempiasnya. Pelbagai berita
yang telah disebarkan di media masa, namun sebaran itu mungkin belum cukup
jelas. Ekoran itu, MPP Azreen telah menemui Prof.
Madya Ir. Dr. Abdul Khalim Bin Abdul Rashid, Ketua Pengarah Jabatan
Pengurusan Pembangunan (JPP), berserta En Zolkefli, Ketua Unit Jurutera Awam, dan
En Saifullah, Pembantu Jurutera untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.
Masalah
utama timbul adalah daripada Empangan Semenyih yang mengalami masalah teknikal.
Namun masalah itu dapat diatasi. Tetapi timbul masalah lain, iaitu masalah
teknikal paip hantaran dari empangan semenyih ke suction tank Bangi. Suction
tank Bangi ini merupakan tangki yang membekalkan air kepada beberapa kawasan
utama seperti UKM, Seksyen 3 Bangi, Seksyen 4 Bangi dan beberapa kawasan lain.
Memandangkan terdapatnya masalah teknikal pada paip hantaran, maka paras air di
dalam suction tank Bangi tidak dapat
naik ke paras normal,kerana air terlebih dahulu telah disalurkan kepada
kawasan-kawasan berkenaan. Oleh itu, pihak Syabas terpaksa menyatu air dengan
menutup saluran air kepada sesetengah kawasan (secara bergilir) bagi memenuhi suction tank tersebut agar air dapat
disalurkan ke UKM seperti biasa.
Buat masa ini, perkara terbaik yang boleh
dilakukan untuk memastikan bekalan air berjalan seperti biasa adalah dengan
menjimatkan penggunaan air agar paras air di dalam tangki UKM juga berada pada
tahap normal. Bekalan air akan kembali seperti biasa apabila paras air di dalam
suction tank Bangi berada pada tahap
normal.
Pihak
JPP cakna dengan masalah ini. Bermula Isnin, 3 buah lori agihan air telah mula
membekalkan air ke kolej-kolej kediaman dan pihak kami dimaklumkan sebuah lori
bergerak sebanyak 30 trip. Pihak JPP sekali lagi cakna akan kebajikan mahasiswa
apabila memohon mahasiswa/I yang mempunyai masalah air di kolej kediaman untuk
memanjangkan perkara ini kepada pihak pengurusan kolej. Pihak pengurusan kolej
akan terus berhubung dengan JPP dan pihak JPP akan menghantar lori agihan air
ke kolej tersebut.
Kami
dari ASPIRASI juga ingin mengingatkan mahasiswa/I sekalian agar sentiasa
memastikan paip air ditutup pada setiap masa. Ini untuk mengelakkan pembaziran
air sekiranya ada aliran air masuk ke dalam tangki terutamanya pada waktu
malam. Sama-sama kita menjimatkan penggunaan air.
HENTIAN BAS
HENTIAN BAS
Susulan
itu, dua wakil mahasiswa/I yang turut bersama menemani MPP Azreen ke JPP iaitu,
Wan Anisa Shahida,FST/2 dan Muhammad Amirudin Awang Abu Bakar,FUU/3, turut menyampaikan
masalah yang dihadapi mahasiswa berkaitan hentian bas di Perpustakaan
Lingkungan kedua dan Fakulti Undang-Undang. Kami sempat bertemu dengan arkitek
JPP, En Yaakob bin Ariffin, dimana beliau memaklumkan bahawa pihak JPP telah
mengenal pasti dua kawasan utama untuk membina hentian bas. Kawasan pertama
adalah di hadapan Perpustakaan Lingkungan Kedua dan dan kawasan kedua adalah berhampiran roundabout antara bangunan baru FUU
dan bangunan baru FKEJUT. Pihak JPP sedang menyiapkan lukisan awal dan anggaran
kos untuk diserahkan kepada bendahari. Setelah mendapat kelulusan daripada
bendahari, lukisan secara terperinci akan disiapkan sebelum kerja pembinaan
dimulakan. Wakil mahasiswa Muhammad Amiruddin juga mencadangkan agar pihak JPP
membina laluan susur gajah dari hentian bas yang bakal dibina, ke bangunan FUU.
Pihak
kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPP di atas kerjasama yang
diberikan dan terima kasih kerana cakna isu mahasiswa/i.
#SayastudentUKM #UKMPride #AspirasiMahasiswa