Pertubuhan haram yang menggelarkan diri mereka Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) hari ini menaburkan satu lagi cerita fitnah yang di rekayasa bagi mengalihkan perhatian mahasiswa terhadap kegagalan Pesta Konvo 39 yang akan bermula jumaat ini.
Plot kisah fitnah GMUKM kali ini menceritakan bagaimana seorang pengurus kolej mengadakan mesyuarat 'tergempar' bagi memikirkan bagaimana cara untuk menjatuhkan atau mencari kesilapan pada pesta konvo yang akan berlangsung tersebut.
MPP Aspirasi UKM kesal dan kecewa dengan tindakan GMUKM yang rata-ratanya merupakan cetusan dari pimpinan PMUKM sendiri yang menggunakan platform haram sebagai cara mengalihkan perhatian mahasiswa UKM terhadap kegagalan yang ingin disembunyikan mereka. Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa PMUKM tidak menghormati nilai budaya dan norma yang digunapakai oleh UKM sejak dari dahulu lagi. Tindakan tidak profesional inilah yang akhirnya akan menjadikan mahasiswa UKM terus mandom dan tidak mampu mengadaptasi kehidupan luar kampus yang lebih mencabar. Tindakan tersebut juga satu cara mendapatkan 'mileage politic' buat GMUKM.
MPP Aspirasi UKM menuntut GMUKM melalui PMUKM untuk menarik semula segala tuduhan palsu yang dilemparkan terhadap MPP Aspirasi UKM. Untuk rekod, Timbalan Presiden PMUKM merupakan Ahli Majlis Tertinggi GMUKM dan kini pertubuhan haram tersebut ketiadaan pengerusi.
Ayuh teguh setia bersatu tolak pereka fitnah mengotorkan fikiran mahasiswa!!
Ayuh teguh setia bersatu tolak pereka fitnah mengotorkan fikiran mahasiswa!!
:: TEGUH SETIA BERSATU::
0 comments:
Post a Comment