MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Tuesday, May 31, 2011

MENJELANG KONVOKESYEN SEPTEMBER 2011 : PERHATIAN UNTUK MAHASISWA FSSK

Posted by ASPIRASI UKM 2:17 AM, under , | No comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pagi ini 30 Mei 2011 saya telah mengadakan pertemuan dengan pihak Bahagian Pengurusan Akademik UKM dan Bendahari UKM berhubung isu-isu Mahasiswa FSSK yg bakal bergraduasi pada September ini
1. Status Mahasiswa yang gagal membuat PENGESAHAN selepas mendaftar Semester 3. 
SUKACITA dimaklumkan bahawa TIADA denda yang bakal dikenakan selepas tarikh tutup pengesahan pendaftaran pada 29 Mei 2011 berikutan Mahasiswa FSSK Tahun 3 ini tidak akan menduduki peperiksaan sebagaimana mahasiswa lain yg turut mengambil Semester 3. 
2.  Status Mahasiswa yang TIDAK MENCUKUPI UNIT untuk bergraduasi September ini
SUKACITA dimaklumkan bahawa pada sesi pengajian 2010/2011 ini, pihak UKM menawarkan Semester 3 Tambahan iaitu Semester 3 (b) dimana mahasiswa yang kekurangan unit untuk bergraduasi boleh mula mendaftar kursus pada 7 Jun dan memulakan pengajian pada 8 Julai untuk memenuhi syarat bergraduasi.
Oleh hal yang demikian, mahasiswa perlu MENYEMAK DENGAN SETELITI YANG MUNGKIN akan jumlah unit yang telah diambil bagi setiap taraf kursus bagi mengelakkan nama anda tercicir daripada senarai graduasi meskipun hanya kekurangan SATU unit.
3.  ISU-ISU KONVOKESYEN
Mahasiswa diingatkan supaya memuat naik gambar untuk tujuan konvokesyen dengan KADAR YANG SEGERA. Linknya adalah seperti yang berikut: https://smp.ukm.my/konvo/index.cfm

Mahasiswa juga boleh mula membuat pembayaran berjumlah RM110 untuk tujuan konvokesyen nanti meskipun ianya masih belum dimasukkan ke dalam hutang mahasiswa.
Yuran-yuran tertunggak yang lain juga boleh digalakkan supaya dibayar segera sebelum majlis konvokesyen berlangsung.
 Bayaran boleh dibuat;
1. dimana-mana cawangan BIMB (no akaun : 1202 901 005 0004), atau
2. melalui web FPX atau CIMBClicks, atau
3. di Kaunter Penerimaan Jabatan Bendahari/PPS pada hari dan waktu pejabat sahaja.

Surat Jemputan Konvokesyen akan dihantar oleh Bahagian Pengurusan Akademik UKM ke alamat yang tercatat seperti dalam smpweb, maka jika berlaku sebarang perubahan, sila kemaskini maklumat anda dengan kadar yang segera.  Surat Jemputan ini penting kerana ia mengandungi maklumat-maklumat berkenaan tarikh, masa dan tempat untuk mahasiswa mengambil barang-barang kelengkapan konvokesyen.
4. POTONGAN YURAN SEMESTER 3 UNTUK MMAHASISWA TAJAAN JPA
Pihak Bendahari UKM akan menghantar invois terus kepada JPA untuk pemotongan yuran SEMESTER 3 selepas pihak Fakulti mengeluarkan surat mengenai kewajipan Mahasiswa yg berkenaan untuk menjalani Latihan Industri
Mahasiswa tajaan JPA juga diingatkan untuk mengikuti langkah-langkah serta prosedur untuk melapor diri kepada JPA
Panduannya adalah seperti berikut:
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan bagi tujuan melapor diri adalah seperti berikut:
  1. Borang Pendaftaran Tamat Pengajian [JPA(L)PTP-Pin. 1/07]
  2. Salinan Ijazah/ Surat Pengesahan Senat (salinan perlu disahkan)
  3. Salinan transkrip peperiksaan (salinan perlu disahkan)
  4. Bukti permohonan pekerjaan dengan Pihak Berkuasa Melantik Persekutuan (contoh: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)
Afiq, Irwan, Muein, Shamsul, Adil, Thana, Zaidi a.k.a Tabir Politik Malaysia



SEGALA PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI SAYA SECARA LANGSUNG. TERIMA KASIH.
ABDUL MUEIN BIN ABADI
MPP ASPIRASI FSSK TAHUN 3
TEGUH. SETIA. BERSATU

Wednesday, May 25, 2011

Dari Bahagian Pengurusan Akademik ke Jabatan Bendahari serta JPP

Posted by ASPIRASI UKM 4:04 AM, under ,, | No comments

Salam sejahtera kepada rakan-rakan di UKM.

Isu Pendaftaran kes khas Semester III (Penyalahgunaan Maklumat)
Selepas menerima aduan di mana seorang pelajar yang mendapati dirinya telah didaftarkan satu kursus PB pada semester III tanpa pengetahuan dan kesedaran pelajar tersebut. Selepas berkomunikasi dengan Bahagian pengurusan akademik , didapati namanya telah didaftarkan melaluikes khas, ini disyaki maklumat pelajar tersebut telah disalahgunakan oleh pihak ketiga. Selepas saya bersama MPP Umum Wu Tuan Yuan berjumpa dengan Cik Zaiton Arifin, penolong pendaftar ,Bahagian Pengurusan Akademik , pelajar tersebut dinasihati untuk tarik diri daripada khusus tersebut sebelum ia menjadi beban untuk CGPA pelajar tersebut. Di sini, barisan MPP ASPIRASI mengingati para pelajar untuk menjaga document sendiri seperti kad matrik, kad pengenalan dan nombor pin SMP untuk mengelakkan penyalahgunaan maklumat .

 Tuntutan yuran pengajian semester III (Tajaan JPA)
Pada 10 Mei yang lepas, saya telah pergi ke Jabatan Bendahari untuk mendapatkan maklumat mengenai isu tuntutan yuran pengajian semester III (Tajaan JPA) . Atas usaha Chinese Community Student Committee(CCC), pada 17/5/2011 CCC telah mewujudkan kaunter di pusanika untuk mengumpulkan nama-nama pelajar tajaan JPA dan hantar kepada Dekan fakulti masing-masing. Dan pada 24/5/2011 Saya bersama MPP Umum Wu Tuan Yuan telah pergi ke Jabatan Bendahari untuk menyerahkan senarai nama pelajar tajaan JPA yang lain demi tujuan tuntutan yuran pengajian.


Kerosakan Lampu
Tiga “spotlight” di bulatan UKM yang menghala ke Bangunan FPI serta lampu yang mengeliling “roundabout” UKM tidak berfungsi telah mengakibatkan kawasan sekitar “roundabout” menjadi gelap menjelang waktu malam. Selain itu, lampu pada kedua-dua tangga Kolej Ibu Zain (KIY)menuju ke arah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dan Kolej Dato Onn (KDO) mengalami kerosakan. Demi keselamatan mahasiswa/i yang masih di dalam kampus UKM, saya bersama Wu Tuan Yuan bergegas ke JPP untuk melaporkan kerosakan lampu tersebut. Pengawai penyelenggaran elektrik mengatakan kemungkinan lampu di roundabout mungkin ditutup kerana terdapat aduan bahawa lampu tersebut merupai lampu motorsikal dan menyelirukan pemandu motokar yang lain,  Sementara menunggu punca utama dan kerja baikpulih dari pihak JPP , barisan MPP ASPIRASI menasihati mahasiswa/i lebih berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut.



LIM KENG WEI
MPP UKM 2010/2011
kengweimpp.asp@gmail.com

::TEGUH SETIA BERSATU::

Tuesday, May 24, 2011

Pelancaran Tabung Bantuan Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Taqwa Felcra Semungkis, Hulu Langat

Posted by ASPIRASI UKM 2:06 AM, under | No comments

MPP Aspirasi UKM akan melancarkan Tabung Bantuan Mangsa Tanah Runtuh bagi Rumah Anak Yatim Felcra Semungkis, Hulu Langat, bermula HARI INI untuk menyalurkan sumbangan daripada seluruh warga UKM kepada pihak pengurusan Rumah Anak Yatim berkenaan agar dapat meringankan bebanan dan penderitaan yang di tanggung oleh mereka.




Sehubungan dengan itu, MPP Aspirasi akan megelilingi kampus dari 24 hingga 31 Mei 2011 ini bagi memohon sumbangan ikhlas dari ANDA warga UKM terutamanya rakan-rakan mahasiswa agar sama-sama dapat membantu meringankan bebanan dan penderitaan yang ditanggung oleh adik-adik kita di rumah Anak-Anak Yatim berkenaan.

Untuk itu nantikan kehadiran wakil-wakil MPP Aspirasi di Fakulti, PTSL, Masjid UKM, Pusanika, Stesen Komuter UKM dan Kolej Kediaman anda untuk sama-sama menghulurkan sumbangan ikhlas anda. Semua pergerakan Tabung berkenaan akan dimaklumkan melalui Laman Facebook MPP Aspirasi UKM klik.

::TEGUH SETIA BERSATU::

Saturday, May 21, 2011

Belangsungkawa Buat Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al- Taqwa Felcra Semungkis Hulu Langat

Posted by ASPIRASI UKM 9:18 PM, under | No comments

MPP Aspirasi UKM merakamkan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al- Taqwa Felcra Semungkis Hulu Langat, Selangor. Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini. 


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata 12 mangsa berjaya diselamatkan daripada tempat kejadian berkenaan. Beliau menambah, pasukan penyelamat dan polis akan meneruskan operasi menyelamat sehingga menemui semua mangsa kejadian.










Mari kita warga UKM bersama-sama berdoa agar usaha yang dijalankan oleh pihak berkuasa menemui hasil dan kesemua mangsa dapat ditemui dengan kadar segera.

Al- Fatihah buat mangsa yang menemui ajal dalam tragedi tersebut....


::TEGUH SETIA BERSATU::

Wednesday, May 18, 2011

TAHNIAH! UKM MENCAPAI UMUR 41 TAHUN..

Posted by ASPIRASI UKM 8:43 PM, under | No comments

Cetusan pertama gagasan perlunya pendidikan tinggi untuk orang Melayu berlaku dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 1903.  Za’ba, seorang cendekiawan, menulis berkenaan gagasan tersebut dalam akhbar Lembaga Melayu pada 1917.  Gerakan pemikiran, perdebatan serta tekad golongan cendekiawan Melayu untuk menubuhkan sebuah universiti dan menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi dalam negara bermula pada 1923 apabila Abdul Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Namun demikian, pemikiran dan tekad tersebut tidak dapat berkembang dan terlaksana kerana wujudnya berbagai-bagai halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme.  Walau bagaimanapun, idea, pemikiran, semangat dan tekad terus hidup di kalangan intelektual Melayu dan perjuangan penubuhan sebuah universiti kebangsaan memuncak apabila negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Mulai 1957 hingga 1967, perjuangan untuk penubuhan universiti kebangsaan menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara.  Sehubungan itu, pada 1968 segolongan cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan.  Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan.  Kegigihan, tekad dan semangat perjuangan yang berkobar-kobar dan tidak pernah luput itu telah mencapai kejayaan dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970.  Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 192 orang mula mendaftar di tiga buah fakulti, iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam pada Mei 1970. 
Sejak tarikh tersebut,  UKM berkembang pesat sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam terkehadapan yang kini mempunyai 12 fakulti dan Graduate School of Business (GSB-UKM), dan 14 insititut kecemerlangan penyelidikan.  UKM juga mempunyai entiti yang beroperasi secara komersial, iaitu UKM Holdings Sdn. Bhd. sebagai satu pendekatan praktis dalam memanfaat dan memasyarakatkan kepakaran yang dimiliki di samping membantu dalam penjanaan kewangan Universiti.  UKM Holdings ditubuhkan pada 2001 bagi menyelaras perjalanan sub-entiti di bawahnya iaitu Pusat Kembangan Pendidikan (PKP), UKM Kesihatan Sdn. Bhd., UKM Pakarunding Sdn. Bhd., UKM Perunding Kejuruteraan dan Arkitek Sdn. Bhd., Akademik Latihan Kebersihan dan Keselamatan Makanan (ALKEM), Food Quality & Research Unit (Unipeq), Puri Pujangga dan Talent Enhancement Academy. 
Kampus induk UKM yang mempunyai keluasan 1,096.29 hektar terletak di Bangi, Selangor Darul Ehsan, kira-kira  35 kilometer dari Kuala Lumpur.  Kampus ini terletak di sebuah lembah yang dikelilingi perbukitan dengan sekitaran menghijau yang menyediakan suasana nyaman dan tenang bagi proses penerokaan dan pengalaman menimba ilmu.  Fakulti dan institut kecemerlangan yang terletak di kampus induk Bangi ialah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Undang-undang, Fakulti Pendidikan, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Graduate School of Business (GSB-UKM), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Institut  Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Institut Kajian Oksidental (IKON), Institut Sains Angkasa (ANGKASA), Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), Institut Biologi Sistem (INBIOSIS), Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), Institut Sel Fuell (SEL FUEL), Institut Islam Hadhari (HADHARI), Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Institut Kajian Etnik (KITA), Institut Kajian Bencana Asia Tenggara UKM (SEADPRI-UKM), Pusat Pengurusan Siswazah, Pusat Pengajian Umum, Pusat Perkembangan Pelajar dan pusat perkhidmatan yang lain.
Selain itu, UKM juga mempunyai sebuah kampus kesihatan di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur dengan keluasan 20 hektar yang menempatkan Fakulti Perubatan (Praklinikal), Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Fakulti Pergigian dan Fakulti Farmasi.  Manakala Pusat Perubatan UKM (PPUKM) yang mempunyai keluasan 22.3 hektar di Cheras, Kuala Lumpur menempatkan Fakulti Perubatan, Hospital UKM dan Institut Perubatan Molekul (UMBI). 
Dalam usia 39 tahun penubuhannya, UKM telah mengeluarkan sejumlah 131,259 graduan; 113,975 graduan Sarjana Muda, 15,895 Sarjana dan 1,389 PhD.  Ini adalah hasil penawaran lebih daripada 103 program prasiswazah dan 170 program pascasiswazah. Peningkatan jumlah pelajar luar negara yang setakat ini berjumlah 2,415 pelajar dari 55 buah negara membuktikan penerimaan global terhadap program dan ekosistem ilmu UKM.  
Berasaskan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan lebih tiga dekad, UKM dipilih sebagai salah sebuah universiti penyelidikan di Malaysia pada tahun 2006.  Keunggulan UKM terserlah dengan penempatan institut penyelidikan nasional dan antarabangsa, iaitu Institut Genom Malaysia (GENOMalaysia) dan International Institute of Global Health, United Nations University.  Proses pemantapan bidang penyelidikan disusuli dengan pengwujudan projek-projek tertumpu di bawah lapan (8) nic yang dikenalpasti iaitu Cabaran Membina Negara Bangsa, Pembangunan Lestari Wilayah, Tenaga Keterbaharuan, Teknologi Kesihatan & Perubatan, Perubahan Iklim, Nanoteknologi & Bahan termaju, Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi dan ICT: Informatik Isian.
UKM juga adalah penerima Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006.  Penganugerahan ini adalah pengiktirafan bagi kecemerlangan UKM dalam bidang akademik dan pengurusan.  Dengan asas yang mantap ini,  UKM melestarikan kecemerlangannya melalui Pelan Strategik UKM 2000-2020 (PS2020).  Kini, UKM tampil dengan citra baru melalui garis tanda “Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan’.  Garis tanda ini memberi keyakinan kepada warganya untuk mengembangkan bakat yang dimiliki, tempat memupuk kebolehan, labuhan untuk berkarya dan berjaya dalam karyaan tersebut, kerana di sini mereka disediakan dengan prasarana untuk memiliki masa depan yang gemilang.
sumber:www.ukm.my
::TEGUH SETIA BERSATU::




Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU!!

Posted by ASPIRASI UKM 9:45 PM, under | No comments





Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979


Friday, May 13, 2011

Sekilas Peristiwa 13 Mei 1969 Buat Iktibar dan Tauladan Bersama

Posted by ASPIRASI UKM 1:10 AM, under | No comments

Hari ini genap 42 tahun peristiwa 13 Mei yang menjadi noda hitam dalam sejarah negara berlaku. Tregedi ini terjadi akibat perasaan benci dan persengketaan antara kaum yang mempunyai pelbagai pengajaran yang perlu di ambil iktibar dan dijadikan tauladan. Peristiwa ini wajar untuk terus diingati dan dikenang malah dijadikan salah satu tajuk penting dalam mata pelajaran sejarah dari peringkat sekolah lagi agar masyarakat negara ini terus  diberi kefahaman dan maklumat yang tepat dan jelas mengenainya kerana didalamnya sarat dengan pengajaran yang wajar dijadikan panduan dalam hidup bermasyarakat.

Tregedi ini meletus akibat provokasi dan rasa prejudis melampau terhadap kaum lain yang tersemat di hati masyarakat ketika itu. Keadaan ini di tambah api permusuhan yang ditiupkan oleh pemain-pemain politik yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan perasaan tidak puas hati dan benci masyarakat pelbagai kaum meluap-luap dan membara sehingga mengakibatkan berlakunya pertumpahan darah dan pergaduhan yang memakan korban 196 orang meninggal dunia, 439 orang cedera, 39 orang hilang dan 9143 ditahan oleh pihak berkuasa serta 211 kenderaan musnah (Laporan Rasmi Peristiwa 13 Mei 1969).



Jadikan 13 Mei 1969 sebagai iktibar bersama

Persaudaraan dan permuafakatan antara kaum perlu dibugarkan sedari zaman kampus lagi agar peristiwa seperti ini dapat dielakkan pada masa hadapan. Bagi memenuhi hasrat dan impian tersebut cogan kata (tagline) yang menjadi pegangan MPP Aspirasi UKM iaitu TEGUH SETIA BERSATU wajar dijadikan pegangan dan ikutan seluruh masyarakat kampus agar permuafakatan antara kaum di dalam komuniti kampus dapat direalisasikan dan dijadikan sandaran untuk menjadi warga masyarakat yang TEGUH, SETIA dan BERSATU apabila meninggalkan kampus kelak selaras dengan agenda kerajaan yang menjadikan 1 Malaysia sebagai paksi permerintahan yang meraikan kepelbagaian dan menerima perbezaan dan menjadikan perbezaan dan kepelbagaian itu sebagai sumber kekuatan agar dapat bergerak maju menelusuri arus pembangunan.

Warga UKM TEGUH SETIA BERSATU

Ayuh kita suburkan nilai perpaduan dalam kalangan warga kampus dengan memelihara keharmonian serta kesejahteraan kampus dan menolak sebarang anasir yang membantutkan usaha murni ini dengan TEGUH SETIA BERSATU tanpa prejudis dan meraikan setiap kaum yang ada dengan menjadikan kepelbagaian sebagai sumber kekuatan kita !!

::TEGUH SETIA BERSATU::

Thursday, May 12, 2011

Sekalung Tahniah Buat Tan Sri Dr. Zulkefli A Hassan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang Baharu

Posted by ASPIRASI UKM 2:14 PM, under | No comments

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Tan Sri Dr. Zulkefli A Hassan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuatkuasa Isnin depan.

Tan Sri Dr. Zulkefli A Hassan


Pelantikan tersebut menerusi surat lantikan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Pengajian Tinggi kepada UKM bertarikh 7 April 2011 yang lalu. Perlantikan beliau adalah untuk tempoh tiga tahun sehingga 15 Mei 2014.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pelantikan Dr Zulkefli mampu membawa UKM ke arah pencapaian kemajuan akademik dan organisasi yang cemerlang selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa.

Tan Sri Dr. Zulkefli A Hassan, 59, merupakan graduan  Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana dari Universiti Bradford dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Manchester.

MPP Aspirasi mengucapkan selamat datang kepada Tan Sri Dr. Zulkefli A Hassan ke Universiti Kebangsaan Malaysia dan berharap dengan penyertaan Tan Sri Dr. dapat meningkatkan lagi pencapaian dan kegemilangan UKM tercinta..

:::TEGUH SETIA BERSATU::

Monday, May 9, 2011

Wakil MPP Aspirasi di Gantung Dewan Mesyuarat MPPUKM

Posted by ASPIRASI UKM 1:38 AM, under | 1 comment

Saudara Kamal Ali wakil MPP Aspirasi UKM di gantung dewan mesyuarat MPPUKM akibat sikap speaker PMUKM (Arif Misrol) dan presiden PMUKM (Muzammil Mohd Khairi) yang menafikan hak beliau untuk menyuarakan usul dan diperbahaskan. Keadaan ini di tambah sikap biadap dan kurang sopan speaker secara autoritarian meluluskan usul agar mesyuarat ditangguhkan tanpa membenarkan sedikit pun ruang dan peluang kepada saudara Kamal Ali untuk memberikan hujahan dan pandangan.

Menurut saudara Kamal Ali, "Saya hanya ingin menyatakan usul dan hujahan agar mutu dan cara kerja MPPUKM dapat ditingkatkan namun tindakan speaker tersebut jelas menampakan sifat autoritarian dan prejudis terhadap MPP Aspirasi yang mereka rasakan hanya ingin menhentam mereka. Saya ingin ingatkan kepada mereka, kami MPP Aspirasi UKM merupakan saluran check and balance yang berhikmah dan bukannya menembak atau menghentam secara tanpa asas malah kami juga mendatangkan solusi terhadap setiap ketidakpuashatian. Mereka juga menafikan hak mahasiswa secara tidak langsung kerana menafikan suara mereka untuk diwakilkan kepada saya agar dapat dibawakan dalam mesyuarat MPPUKM." 

Berang dengan keadaan tersebut, MPP Aspirasi bangun meninggalkan dewan mesyuarat kerana bagi MPP Aspirasi UKM tiada gunanya untuk terus berada dalam mesyuarat tetapi suara dan hak terus dinafikan dan diperkotak-katikkan.

Seluruh pimpinan MPP Aspirasi UKM mengutuk tindakan tersebut dan meminta Mahasiswa/i UKM MENOLAK pimpinan yang lemah, autoritarian dan menolak semangat demokrasi yang subur.

::TEGUH SETIA BERSATU::

Thursday, May 5, 2011

Permohonan Masuk Peperiksaan dan Draf Jadual Waktu Peperiksaan Semester III Sesi 2010/2011

Posted by ASPIRASI UKM 1:49 PM, under | No comments

Makluman buat semua rakan-rakan mahasiswa, peperiksaan akhir semester III bagi sesi akademik 2010/2011 akan dijalankan pada 20 hingga 25 Jun 2011.

Saudara/i diminta mengambil perhatian dan tindakan dalam urusan permohonan masuk dan draf jadual waktu peperiksaan akhir semester III sesi 2010/2011. Urusan pengesahan permohonan masuk peperiksaan perlu dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb  mulai 23 hingga 29 Mei 2011

Buat semua raka-rakan mahasiswa jangan lupa untuk mengesahkan permohonan masuk peperiksaan tersebut. Jika gagal tindakan denda RM 15.00 akan dikenakan oleh pihak universiti.

sumber: epelajar 

:: TEGUH SETIA BERSATU ::

Perwakilan Hindu Dalam Kabinet MPP Aspirasi UKM

Posted by ASPIRASI UKM 2:24 AM, under | No comments

Barisan MPP Aspirasi UKM mengucapkan selamat datang kepada saudara Mariappan Kattaiyan pelajar Tahun 2 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang menjadi Ahli Pewakilan Lantikan (APL) kabinet MPP Aspirasi UKM sesi 2010/2011.

Kemasukan saudara Mariappan Kattaiyan ke dalam Kabinet MPP Aspirasi UKM memperlihatkan komitmen dan usaha yang berterusan MPP Aspirasi dalam meraikan semua perwakilan kaum yang ada dan menjadikan gagasan 1 Malaysia sebagai suatu kenyataan dimulakan dan dibajai dari peringkat varsiti lagi. 



Saudara Mariappan Kattaian boleh dihubungi melalui talian 012-3533902 bagi aduan dan permasalahan berhubung kemahasiswaan.

Bergandingan Menjulang Aspirasi Mahasiswa

:: TEGUH SETIA BESATU ::

Wednesday, May 4, 2011

Gempar !!! Siswazah UKM Ditikam Lelaki 50-an

Posted by ASPIRASI UKM 8:01 PM, under | 1 comment

Harian Metro melaporkan seorang siswazah UKM maut ditikam dalam satu tragedi berdarah, kelmarin. Allahyarham Ratna Sufizzahriyyanti Omar 23 Tahun merupakan siswazah UKM ditikam kekasihnya berkali-kali dengan pisau dan menemui ajal di Taman Mahkota, Alor Setar, Kedah. Kekasihnya seorang tukang masak berusia 50-an dikatakan berang setelah Allahyarham memutuskan perhubungan setelah enam tahun terjalin.





MPP Aspirasi UKM berharap semua warga UKM terutamanya siswi, berhati-hati selalu dan sentiasa lindungi diri dan jangan membuka sebarang peluang untuk diri anda dikasari atau dicerobohi... Buat keluarga Allahyarham MPP Aspirasi mengambil kesempatan ini merakamkan takziah dan berharap redha dengan ketentuan Ilahi...

Al-Fatihah...

Pedoman Belia

Posted by ASPIRASI UKM 5:04 PM, under | No comments

Ingat pesan-ku wahai belia,
Jangan berdusta, jangan terpedaya,
Jangan kikir kasehkan kaya,
Jangan boros yang sia-sia.

Jangan mengata, jangan mengeji,
Jangan aniaya bengis dan benchi,
Jangan takabbur diri di-puji,
Jangan sa-kali memugkir janji.

Judi dan arak jangan biasa,
Luchah dan chabul jangan selesa,
Usah bermain ular yang berbisa,
Lambat bangatnya dapat binasa.

Jangan meminjam jangan berhutang,
Jangan meminta bantu sementang,
Bergantong ka-orang hendak-lah pantang,
Bebas kehidupan sentiasa tatang.

Meminjam jangan meminjakan jangan,
Barang di-pinjam kerap kehilangan,
Sahabat peminjam renggang di-tangan,
Hutang merosakan maruah pandangan.

Jangan biasakan meminta tolong,
Ka-sini tersembah ka-sana terlolong,
Ikhtiar sendiri bantut bergulong,
Akhir-nya kebolehan lenyap terlelong.

Lateh-lah diri sifat merdeheka,
Daya sendiri sa-genap ketika,
Jangan sombongkan asal dan baka,
Atau kelebehan adek dan kakak.

Bangau yang hitam choba layangkan,
Besi yang tawar kilir tajamkan,
Waja yang keras dapat padukan,
Allah kurniai dapat menjayakan.

Ingat selalu akan Tuhan-mu,
Tuhan pun tentu ingat 'kan kamu,
Jahat dan keji tidak tersemu,
Bahaya benchana jauh bertemu.

Semua manusia adek-beradek,
Satu dunia satu galadek,
Semua dunia satu geladek,
Bantu-membatu itu-lah didek,
Jangan bermusoh, tengking dan herdik.

Sakit dan susah walaupun mati,
Semua di-tanggong bersunggoh hati,
Kerana faedah orang berketi,
mengorbankan diri itu-lah erti.

Sa-baik2 orang ada jahatnya,
Sa-jahat2 orang ada baiknya,
Tidak-lah sa-yogia barang siapa-nya,
Menyalahkan orang tidak diri-nya,
Dalam perkara perhubongan negeri,
Sangat mustahak bijak bestari,
Runding meshuarat ambil dan beri,
Jalan muafakat hendak di-chari,
Demikian ku-rasa dalam diri-ku,
Benar tetap dapat di-aku,
Banyak yang lain dalam hati-ku,
Ku-tunjokkan hanya sampul sa-buku.

Sa-lain ini rasa ku-sangka,
Tidak-lah s-yogia aku berbeka,
Pintu yang ghaib tidak ku-buka
Kepada Allah harus belaka.

Pada-lah itu aku khabari,
Ingatlah semua muda jauhari,
Kira-nya kabul Allah memberi,
Diri-mu jadi pemuleh negeri.


~Pendita Zaaba~