Pada 11 hingga 14 Julai 2011 yang lalu MPP Aspirasi UKM, Mohd Kamal Ali telah menerima jemputan lawatan ke negara Thailand dari Kedutaan Besar Kerajaan diRaja Thailand di Malaysia. Lawatan tersebut merupakan manifestasi kerajaan negara Thai untuk memberikan maklumat dan informasi mengenai bagaimana minoriti muslim hidup dan bersosialisasi di negara majoriti Buddha tersebut. Pemilihan penulis bagi mengikuti lawatan tersebut difahamkan ditentukan sendiri oleh pihak Kedutaan Thailand di Malaysia bertitik-tolak dari pengalaman dan nilai kepimpinan yang ditunjukkan melalui wacana dan diskusi kepimpinan peringkat kebangsaan yang telah dihadiri oleh penulis. Laporan ini diterbitkan Tiga Bulan selepas tarikh lawatan adalah kerana memerlukan pengesahan dari Kedutaan Besar Kerajaan diRaja Thailand di Malaysia.
Selain penulis, delegasi rombongan juga di sertai oleh Pengurusan Teringgi UKM iaitu Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim (Timbalan Naib Canselor (HEPA) UKM), Pn. Hayati (Pensyarah Bahasa Thai UKM), Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Pengarah PHAK UM, wakil pelajar UM dan wakil-wakil media termasuklah dari kumpulan Media Prima, Utusan Melayu Berhad (Editor Keagamaan) dan akhbar The Star. Delegasi rombongan di ketuai oleh Mr. Songsak Saicheua, Timbalan Duta Besar Kerajaan di Raja Thailand di Malaysia.
"First-handed experience and information "
Tujuan utama lawatan tahunan tersebut adalah untuk memberikan pengalaman sepanjang hayat dan maklumat yang sahih kepada mahasiswa dan media di Malaysia berkenaan dengan cara dan realiti layanan kerajaan negara Thailand kepada masyarakat muslim di negara berkenaan yang sering dimomokkan dengan cerita negatif yang tidak menggambarkan perihal sebenar kehidupan masyarakat di negara tersebut.
Hari Pertama, lawatan delegasi rombongan diraikan dengan diskusi bersama akademia dari negara Thai mengenai pelbagai perkara. Aspek kemahsiswaan, sosial, ekonomi, politik dan kerjasama serantau turut di sentuh dalam diskusi berkenaan. Akademia dan mahasiswa yang hadir pada malam tersebut ialah dari Mahidol University, Thammasat University dan Chulalongkorn University yang masing-masing berkongsi keterujaan dengan semangat ASEAN yang tuguh dan bersatu.
|
Mr. Songsak Saicheua, Timbalan Duta Besar Kerajaan diRaja Thailand di Malaysia memberikan taklimat ringkas. |
Pada Hari Kedua, rombongan delegasi di bawa melawat ke kawasan Kadejean. Perjalanan ke kawasan ini mengambil masa kira-kira 30 minit dari bandaraya Bangkok. Tiba di kawasan ini, delegasi di bawa untuk melawat Kalyan Temple dan Masjid Tonson yang masing-masing berkedudukan tidak sampai beberapa langkah. Keadaan ini menunjukkan bahawa kepelbagaian agama di negara ini diamalkan tanpa rasa takut dan dengan terbuka. Delegasi di bawa bertemu dengan Datuk Paduka Imam Patana Langputeh, Imam dan Pengetua Masjid dan Madrasah Tonson. Pelbagai kisah dan ilmu dikongsikan oleh beliau sehingga membuatkan delegasi rombongan tidak puas mendengar perkongsian ilmu yang disampaikan. Selesai mengerjakan solat fardhu Zuhur berjemaah bersama Datuk Paduka Imam Patana Langputeh, delegasi rombongan di bawa melawat ke universiti tersohor Thailand, Chulalongkorn University untuk bual bicara mengenai masa hadapan Islam yang disampaikan oleh ilmuan muslim Thailand Prof. Dr. Jalal Maluleem dari Muslim Studies Center, Institute of Asian Studies, Chulalongkorn University . Beliau merasakan negara Malaysia merupakan contoh terunggul untuk menjadi model kepada negara Islam lain dalam konsep kesederhanaan yang diamalkan oleh pemerintah di Malaysia sehingga pelbagai agama dapat hidup sebumbung dan menikmati keharmonian secara bersama. Seterusnya delegasi di bawa untuk perkongsian ilmu dan kepakaran bersama mengenai permakanan halal untuk pasaran dunia. Pertemuaan itu dipengerusikan oleh Pengerusi Halal Science Center, Chulalongkorn University. Romnbongan mendapat kebenaran untuk melawat makmal identifikasi makanan halal di institut tersebut. Menjelang malam, delegasi dipertemukan dengan Kelab Pelajar Muslim Thai di universiti tersebut. Sekali lagi kebersamaan dalam semangat serantau ditunjukkan oleh semua menyebabkan malam tersebut merupakan pengalaman yang akan dikenang sepanjang hayat.
|
di Kalyan Temple |
|
Datuk Paduka Imam Patana Langputeh |
|
Penulis bersama jemaah kariah Masjid Tonson. |
|
Prof. Dr. Jalal Maluleem |
|
makmal pengesahan Halal Chulalongkorn University. |
Hari Ketiga lawatan, delegasi di bawa melawat ke Lokasi Warisan Dunia Ayudhaya yang mengambil masa sekitar 45 hingga 50 minit perjalanan dari bandaraya Bangkok. Lokasi Warisan Dunia tersebut merupakan sejarah penting buat negara Thai dan merupakan pusat pemerintahan kerajaan sebelum berpindah ke Bangkok. Delegasi diberi penerangan oleh Mr. Teeranan Chuangpicit, sejarawan Thailand mengenai komuniti muslim di kawasan tersebut. Selepas kira-kira 3 Jam di tapak warisan dunia tersebut, Delegasi bertolak untuk melawat The Islam Sri Ayudhaya Foundation School yang merupakan sekolah asas dan menengah persendirian di bina atas kesedaran untuk memupuk nilai Islami sedari awal buat generasi muda Islam di kawasan terbabit. Delegasi sangat teruja dengan kepetahan berbahasa Melayu pengetua sekolah berkenaan yang merupakan bekas pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kumpulan delegasi di bawa melawat sekitar sekolah dan dipersembahkan hasil-hasil seni Khat pelajar sekolah berkenaan yang sememangnya sangat berbakat. Selesai lawatan tersebut, delegasi berkunjung ke salah sebuah masjid tertua di Thailand yang berusia kira-kira 400 tahun. Masjid tersebut ialah Masjid Takia yang menurut kisah telah disiapkan dan di bina oleh pendakwah dari India bernama Sheikh Takia. Komuniti masjid tersebut juga membawa delegasi rombongan melawat makan Sheikh Takia yang berkedudukan bersebelahan dengan masjid tersebut.
|
Delegasi lawatan di Pusat Maklumat Ayudhaya |
|
Ayudhaya dahulu kala |
|
Tapak Warisan Dunia Ayudhaya |
|
Delegasi bersama tenaga pengajar The Islam Sri Ayudhaya Foundation School |
|
antara hasil kreativiti pelajar The Islam Sri Ayudhaya Foundation School |
|
Masjid Takia |
Hari Terakhir lawatan, delegasi di bawa untuk melawat bangunan bersejarah di sekitar bandaraya Bangkok termasuklah Istana di Raja (Grand Palace), Bangunan Parlimen dan lain-lain. Lawatan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada rombongan delegasi merasai sendiri suasana di sekitar bandaraya tersebut. Lawatan tamat secara rasmi pada jam 4.40 petang apabila kumpulan delegasi berlepas pulang ke tanah air.
|
Penulis di hadapan bangunan Parlimen Thailand |
|
Istana diRaja Thailand |
|
|
|
|
'Tuk-tuk' sangat popular di Thailand |
Kesimpulan
Kesimpulan daripada lawatan tersebut, perkongsian ilmu dan informasi membolehkan pemahaman dan penghayatan yang jelas terhadap situasi sebenar yang di alami oleh masyarakat muslim di negara 'Gajah Putih' tersebut. Walaupun dihimpit dengan polemik politik yang pelbagai, masyarakat di Thailand dilihat mampu hidup dengan aman dan damai dan menganggap kepelbagaian adalah kekuatan sebenar mereka. Semoga perbezaan antara kita juga menjadi kekuatan dan keunikkan kita yang sememangnya telah di iktiraf oleh dunia.
MOHD KAMAL ALI
MPP Aspirasi UKM
Merangkap
Presiden Sekretariat Aspirasi UKM
TEGUH SETIA BERSATU